KUALA LUMPUR – Setelah negara mencapai sasaran 111 pingat emas, Instagram penyani nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza mencuri tumpuan peminat Sukan SEA ke 29, KL2017.
Peminat Azizul itu, didapati memuatnaik gambar menunjukkan sarung tangan pemberian jaguh berbasikal negara itu dengan kapsyen; Tido pakai glove la malam nie @azizulawangofficial Aaminn…#myluckynumber111.
Menurut Siti, sarung tangan itu diberikan khas oleh Azizul selepas muncul juara acara keirin dalam Kejohanan Dunia, April lalu.
Azizul malam ini mencipta sejarah negara apabila merangkul pingat emas ke 111 yang menyamai pencapaian terbaik Malaysia dalam Sukan SEA pada 2003.
Pelumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menewaskan protegenya, Mohd Shah Firdaus, untuk menyumbang pingat ke 111 negara dalam acara pecut individu lelaki. -MalaysiaGazette.