BERLIN – Seorang jururawat didapati bersalah dan dipenjara seumur hidup kerana membunuh enam pesakitnya, namun kini dia berhadapan dengan kemungkinan membunuh 84 orang lagi.
Kes ini menjadi kes pembunuhan bersiri terburuk di Jerman, kata polis dan peguam pendakwaan kes itu.
Niels Hoegel,40, dipenjara kerana bersalah membunuh enam pesakitnya.
Siasatan lanjut di klinik dia bekerja mendapati lebih banyak mayat ditemui.
Polis memberitahu CNN, mereka percaya Hoegel membunuh 36 pesakitnya di Oldenburg pada 1999 hingga 2001.
Selebihnya, 48 lagi dibunuh di hospital di Delmenhorst.
Polis yakin lebih banyak mangsa, namun mereka sukar membuktikannya kerana ada yang telah dibakar.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Hoegel memberitahu, dia telah menyuntik mangsa dengan dadah yang mengakibatkan kegagalan fungsi jantung.
Setelah itu dia akan cuba menghidupkan semula mereka.
Dia akan berasa gembira sekiranya ada pesakit yang dapat hidup kembali dan kecewa jika sebaliknya. – MalaysiaGazette