MADRID – Bintang bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo berkongsi gambar bersama keluarga besarnya di laman Instagram.
Pemain Real Madrid itu memuatnaik gambar bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez yang sedang hamil, anak sulungnya, Cristiano Jr dan juga bayi kembarnya.
Ronaldo, 32, turut menulis kapsyen gambar itu dengan emoji cinta.
Baru-baru ini, pemain kebangsaan Portugal itu mengesahkan berita kehamilan kekasihnya selepas Ronaldo memperkenalkan bayi kembarnya sebagai Eva Maria dan Mateo pada Jun lalu menerusi kaedah ibu tumpang.
Sebelum ini, Ronaldo enggan berkongsi kisah percintaannya dengan Rodriguez namun kekasihnya itu tampil menceritakan dalam temubual bersama iHola! baru-baru ini.
Wanita itu berkongsi tentang nilai-nilai penting dalam kehidupannya sambil menunjukkan baby bump dalam foto yang disertakan. – MalaysiaGazette