Home Dunia Tren haji mula beroperasi hari ini

Tren haji mula beroperasi hari ini

tren-640x427

ARAFAH – Perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line telah memulakan operasi tren haji bagi tahun 1438H pada pukul 4 pagi tadi waktu Makkah (9 pagi waktu Malaysia).

Menurut satu kenyataan, operasi tren haji akan beroperasi dalam bentuk lima pergerakan mengikut rukun-rukun haji.

“Seramai 350,000 jemaah haji dari negara-negara teluk dan Asia Selatan akan menggunakan perkhidmatan ini bagi melaksanakan ibadah haji,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa Mekah dan Prasarana menyediakan kira-kira 15,000 petugas bagi melancarkan operasi tren haji. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts