Home Sukan Jakarta umum ganjaran kepada atlet Sukan SEA

Jakarta umum ganjaran kepada atlet Sukan SEA

JAKARTA – Atlet yang berjaya membawa pulang pingat pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, akan mendapat bonus terkumpul berjumlah Rp 9 billion (RM2,879,394) daripada kerajaan Indonesia.

Ketua Agensi Belia dan Sukan Jakarta, Ratiyono berkata, bonus juga akan diberi kepada jurulatih dan peruntukan itu akan dilakukan menerusi semakan semula bajet 2017.

“Kami mencadangkan dengan jumlah Rp9 bilion untuk atlet yang mendapat pingat emas, perak dan gangsa serta kepada jurulatih. Kepada yang tewas, kami akan memberi ganjaran tetapi dengan amaun yang lebih kecil. Kami mengambil kira mereka telah berjuang untuk Indonesia,” ujar Ratiyono kepada kompas.com.

Bagaimanapun jumlah sebenar yang akan diagihkan belum diumum.

Besar kemungkinan atlet yang mendapat pingat emas membawa pulang Rp200 juta (RM63,986) iaitu jumlah yang sama ketika Sukan Sea 2015 di Singapura.

Selain itu, Ratiyono mengumumkan atlet juga akan diberi peluang untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Jakarta (UNJ).

Gabenor Jakarta, Djarot Saiful Hidayat berjanji akan memberikan bonus itu sebagai rangsangan kepada persembahan atlet dan jurulatih.

Tahun ini Indonesia menghantar 101 atlet dalam temasya yang berakhir malam tadi. – Agensi