RAJASTHAN – Dua doktor di India digantung kerja selepas video mereka bertengkar sambil berdiri di hadapan pesakit yang sedang menjalani pembedahan bersalin tular di media sosial.
Kejadian itu berlaku di Hospital Umaid di utara Rajasthan telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bagaimanapun, wanita dan bayi itu dalam keadaan sihat.
Sumber yang menyebarkan video itu tidak jelas tetapi hospital tersebut mengesahkan ia berlaku premisnya.
Selepas video itu tular, kebanyakan media mendakwa wanita yang berada di atas meja pembedahan itu telah melahir anak tetapi ia bayi tersebut tidak dapat diselamatkan.
Tetapi, Pengarah Hospital Umaid, Dr. Ranjana Desai menafikan.
“Semasa saya melihat video ini dan menjalankan siasatan dalaman, media sudah melaporkan bayi itu mati
“Seorang bayi mati, tetapi bukan yang dilaporkan oleh media. Beberapa meter tidak jauh dari meja pembedahan itu, ada pembedahan lain dalam bilik yang sama, wanita yang berbeza yang ketika itu dalam prosedur melahirkan bayi. Kedua insiden ini tidak dikaitkan,” kata Dr Desai.
Di dalam video itu memaparkan kedua-dua doktor saling menghina antara satu sama lain sebelum bertengkar sama ada pesakit telah makan sebelum pembedahan.
Dua doktor itu telah dikenal pasti sebagai Dr Ashok Nanival dan Dr Mathura Lal Tak.
Beliau berkata kedua-dua doktor tidak digantung secara rasmi, tetapi telah dibebaskan daripada tugas sementara di hospital kerana siasatan dalaman sedang dilakukan.
Pada masa sama, hospital sedang dalam proses mengumpulkan kenyataan daripada kakitangan untuk mengetahui siapa yang menyebarkan video berkenaan.
Mahkamah Tinggi Rajasthan telah mengarahkan hospital itu mengemukakan laporan, sementara mereka meneruskan penyiasatan di peringkat negeri. – MalaysiaGazette