Home Ekonomi Harga gasolin naik, minyak mentah turun

Harga gasolin naik, minyak mentah turun

NEW YORK – Niaga hadapan gasolin naik kepada dua tahun tinggi manakala minyak mentah turun, berikutan banjir yang disebabkan Taufan Harvey, menjejaskan hampir seperempat kapasiti penapisan Amerika Syarikat.

Situasi semasa ini membendung permintaan minyak mentah sambil meningkatkan risiko kekurangan bahan bakar.

Kira-kira 4.4 juta tong kapasiti penapisan Amerika Syarikat ditutupm berdasarkan laporan syarikat dan anggaran Reuters.

Ini mewakili hampir satu perempat daripada pengeluaran penapisan Amerika Syarikat dan memulakan semula operasi dalam keadaan terbaik mungkin masa seminggu atau lebih.

Harga gasolin Amerika Syarikat naik sebanyak 5.9 peratus kepada AS$1.8847 segelen selepas mencecah AS$1.9140 tertinggi sejak Julai 2015.

Minyak Brent pula menyusut 2.2 peratus kepada AS$50.86 setong manakala minyak mentah Amerika Syarikat jatuh satu peratus kepada AS$45.95 setong.

Jurang harga antara Brent dan minyak mentah Amerika Syarikat semakin besar dalam tempoh dua tahun pada hari Rabu sebelum selesai pada AS$4.90.

Margin petrol naik selepas melonjak kepada AS$24.02 setong pada awal sesi, tertinggi pada bermusim sejak 2012.

“Jika kilang penapis ditutup selama lebih daripada seminggu atau 10 hari, ia akan menjadi sangat bermasalah,” kata Olivier Jakob, penganalisis di Petromatrix.

Penutupan kilang penapis minyak melibatkan kira-kira 1.4 juta tong minyak mentah Amerika Syarikat bersamaan dengan 15 peratus daripada jumlah pengeluaran, kata Goldman Sachs dalam nota penyelidikannya. – MalaysiaGazette