KUALA UMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) tampil mendedahkan rahsia kejayaan kontinjen negara melepasi sasaran 111 pingat emas pada temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (Kl2017) yang berakhir semalam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, ia hasil beberapa formula yang diserapkan sejak dua tahun lalu selain membuktikan program Tranformasi Sukan Negara yang dilaksanakan menerusi program persediaan menghadapi temasya ini berkesan dan mencatat kejayaan cemerlang.
Beliau juga berpuas hati dengan pelbagai rekod yang dicatat atlet negara.
“Semangat sebagai tuan rumah pastinya berbeza ketika beraksi di negara luar. Bertanding di depan keluarga, kawan-kawan di tempat sendiri menyumbang kepada prestasi atlet kita.
Malaysia meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa pada hari terakhir kejohanan yang berakhir semalam.
“Tidak ada acara yang gagal atau tidak menepati sasaran. Kejayaan mencapai sasaran 111 pingat emas adalah yang terbaik mengatasi pencapaian 2001.
“Lebih memuaskan apabila 261 (30.9 peratus) atlet bawah 21 tahun berjaya meraih 95 emas, 94 perak dan 94 gangsa.
“Manakala atlet baharu yang pertama kali menyertai temasya ini seramai 445 orang berjaya meraih 71 emas, 29 perak dan 41 gangsa.
“Ia sekaligus membukti Program Podium dan Kita Juara memberi kesan kepada semua atlet.
“Pengurusan MSN juga yang menitik berat Program Pembanguan Atlet antara yang menyumbang kepada kejayaan kali ini,” tambahnya Ahmad Shapawi lagi. – MalaysiaGazette