Home Dunia PUST mulakan sesi baharu tanpa warga AS

PUST mulakan sesi baharu tanpa warga AS

PYONGYANG – Universiti Pyongyang Sains dan Teknologi (PUST), satu-satunya universiti yang hanya dibiayai oleh barat, dijangka akan memulakan semester baharu tanpa berpuluh-puluh kakitangan dari Amerika Syarikat.

Perkara itu diramal berlaku selepas Amerika Syarikat melarang pengembaraan warganya ke Korea Utara mulai hari ini.

PUST ditubuhkan pada tahun 2010 oleh seorang Kristian Amerika Korea dengan matlamat membantu elit Korea Utara mempelajari kemahiran untuk memodenkan negara terpencil itu dan terlibat dengan dunia luar.

Namun pada pertengahan bulan Julai, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap warga Amerika Syarikat melakukan perjalanan ke Korea Utara selepas kematian seorang pelajar Amerika yang telah ditahan oleh kerajaan semasa dalam lawatan.

Amerika Syarikat juga meminta semua warganya untuk keluar dari negara itu.

Sejak itu, ketegangan di Semenanjung Korea meningkat dengan ketara.

Korea Utara telah melaksanakan beberapa ujian peluru berpandu provokatif, termasuk dua peluru berpandu balistik antara benua dan satu ujian rudal jarak sederhana pada minggu ini yang melintasi Jepun.

Daripada kira-kira 130 orang warga asing di PUST termasuk kakitangan fakulti, kakitangan dan ahli keluarga, 60 adalah rakyat Amerika Syarikat.

Menurut sumber yang enggan didedahkan, tiada satu pun warga Amerika Syarikat yang telah mendapat kebenaran khas untuk tinggal.- MalaysiaGazette