MINA – Sembilan jemaah dari pelbagai negara melahirkan bayi semasa mengerjakan ibadah haji, menurut Pengarah Hospital Bersalin dan Kanak-kanak di Mekah, Dr. Anas Saddayo.
Beliau berkata, hospital yang serba lengkap menyediakan kemudahan keperluan untuk tetamu Allah dengan memberi perkhidmatan berkualiti tinggi standard antarabangsa untuk jemaah haji, pelawat dan residen, lapor Saudi Gazette.
Seorang jemaah warga Algeria, melahirkan bayi wanita di hospital berkata, beliau terlalu gembira bayinya dilahirkan di tanah suci.
“Saya datang mengerjakan haji seorang diri tetapi kini mempunyai rakan yang merupakan bayi perempuan saya,” katanya sambil menambah anaknya itu telah menerima sijil kelahiran yang menunjukkan di mana dia dilahirkan.
Warga Algeria itu berkata, dia diberikan penjagaan dan perkhidmatan yang baik, bermula dimasukkan ke hospital sehingga bayinya dilahirkan.
“Saya berterima kasih kepada pengurusan dan kakitangan hospital dan juga kerajaan (Arab Saudi) negara ini atas penjagaan yang saya terima,” katanya.
Seorang jemaah warga Yeman melahirkan anak di Arafat. Beliau terasa untuk bersalin ketika berdiri di Jabal Rahma dan dikejarkan ke hospital di mana beliau melahirkan bayi lelaki di sana.
Ramai jemaah wanita lelaki dan wanita Yemen berada di hospital itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Pada 2015, seorang jemaah Maghribi melahirkan anak ketika berdiri di Arafat. -Agensi
sarat mengandung pun bolih pula terima kerja haji. kat malaysia tak dibenarkan kot.