LONDON – Setelah lebih lima dekad buku panduan telefon atau Yellow Pages akan menghentikan percetakkannya di United Kingdom.
Cetakan pertama edisi ke-104 akan diedarkan di Kingston Januari hadapan.
Setahun kemudian buku panduan itu akan diedar ke Brighton di mana cetakan pertama dilakukan di situ pada tahun 1966.
Operasi sepenuhnya selepas ini akan diuruskan operasinya oleh Hibu melalui pendekatan digital sepenuhnya dan berharap buku panduan itu masih membantu jutaan perniagaan melalui atas talian menjelang tahun 2020.
“Setelah 51 tahun beroperasi Yellow Pages adalah nama penting dan kami berbangga kerana pelanggan masih bersama kami sejak tahun 1966
“Berapa banyak jenama yang mampu bertahan selepaa 50 tahun?” jelas Ketua Pegawai Ekskutifnya, Richard Hanscott.
Mengulas mengenai penamatan versi cetakan Hanscott memberitahu BBC, seperti perniagaan lain Yellow Pages percaya mampu bertahan dalam bentuk digital dengan sedikit perubahan dan inovasi. – Agensi