
AZERAILLES – Sekurang-kurangnya 15 orang cedera, dua daripada mereka serius akibat disambar petir di pesta muzik di utara-timur Perancis.
Petir melanda beberapa kawasan Festival Vieux Canal di bandar Azerailles, menurut satu kenyataan.
Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak yang berada dalam khemah semasa kejadian.
Mangsa-mangsa yang disambar petir mengalami luka terbakar.
Seorang wanita berusia 60-an dan seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan serius akibat disambar petir.
Beberapa bahagian di Perancis pada masa ini dilanda ribut.
Mereka yang cedera dalam insiden itu diberi rawatan di hospital-hospital tempatan dan semua persembahan telah dibatalkan. – MalaysiaGazette