Home Seni Hidup Anak Nurul masuk Unimas

Anak Nurul masuk Unimas

Foto Laman Facebook Nurul Depp

KUALA LUMPUR – Anak kepada komposer Ajai dan penyanyi Nurul Wahap Depp, Ayu Nadirah Mohd Faizal akan menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada semester ini.

Perkara itu dikongsi oleh Nurul di laman sosial Facebook miliknya ketika dia dan Ayu berada di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur untuk terbang ke Kuching.

Ayu berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015.

Dia sebelum ini mengikuti pengajian asas dalam bidang Sains Hayat di Universiti Malaya (UM).

Sementara itu, Ajai turut menghadiahkan kereta kepada anaknya itu di atas pencapaian.

Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas dan Nurul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab mendirikan rumahtangga pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nurul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Zachary Depp, 3, dan Raphael Depp berusia setahun empat bulan. – MalaysiaGazette