Home Politik Enggan sertai pakatan pembangkang, Guan Eng dakwa Pas bakal hilang Kelantan

Enggan sertai pakatan pembangkang, Guan Eng dakwa Pas bakal hilang Kelantan

Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PAS berdepan risiko kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.

“PAS akan masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka akan berdepan ‘kekalahan’ di semua tempat (ditandinginya pada PRU14 nanti) dan malah berisiko kehilangan Kelantan,” katanya.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa PAS tidak boleh membentuk sebuah kerajaan baharu kerana parti itu tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kerajaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas kenyataan Pakatan Harapan baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada PRU14.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan untuk tidak berharap PAS akan kembali menyertai pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa PAS kini dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan berikutan itu Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14. – BERNAMA