NOU CAMP – Lionel Messi, 30, dikatakan sedang mempertimbangkan masa depannya bersama Barcelona sejak Neymar, 25, meninggalkan Nou Camp.
Malah kegagalan gergasi La Liga itu mendapatkan Philippe Coutinho, 25, dari Liverpool dan bintang PSG Angel Di Maria, 29, didakwa faktor kepada tindakan Messi.
Jendela perpindahan pemain melibatkan kelab gergasi itu yang agak mengecewakan didakwa membimbangkan pemain Argentina itu mengenai masa depannya di kelab itu.
The Catalan melepaskan Neymar kepada kelab gergasi di Ligue 1 Perancis, iaitu PSG dengan nilai klausa pembelian berjumlah £198 juta Ogos lalu.
Sejak itu, Barcelona dikecam penganalisis sukan bahawa kelab itu gagal mendapatkan pengganti terbaik mengisi tempat Neymar.
Media Diario Gol mendakwa Messi kini secara serius sedang memikirkan untuk menamatkan kariernya bersama Barcelona lebih awal.
Pada Julai lalu, pemain Argentina itu dikhabar bakal menandatangi kontrak baharu lebih £500,000 seminggu.
Namun Messi dikatakan masih tidak mahu bersetuju kontrak baharu sehingga beberapa permintaannya dipersetujui kelab itu.
Tiga pemain yang ditandatangani Barcelona iaitu Andre Gomes, Paco Alcacer dan Lucas Digne didakwa masih bergelut dalam mempamerkan prestasi terbaik.
Bagaimanapun, Barcelona berjaya mendapatka bintang muda Borussia Dortmund, Ousmane Dembele.- MalaysiaGazette