Home Dunia Berpuluh-puluh bayi mati akibat kekurangan oksigen

Berpuluh-puluh bayi mati akibat kekurangan oksigen

Berpuluh-puluh bayi yang baru lahir di Hospital Ram Manohar Lohia meninggal dunia akibat kekurangan oksigen. foto Agensi

PRADESH – Polis India sedang menjalankan siasatan kematian sebanyak 49 bayi yang baharu lahir di Hospital Ram Manohar Lohia, Farrukhabad di Uttar Pradesh.

Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 30 bayi meninggal dunia disebabkan perinatal asphyxia.

Perinatal asphyxia disebabkan kekurangan oksigen kepada bayi baru dalam tempoh cukup lama semasa proses kelahiran hingga menyebabkan kerosakan fizikal dan biasanya membabitkan otak.

Pada bulan lalu, sekurang-kurang 160 kematian di hospital Gorakhpur, juga disebabkan masalah sama.

Tetapi pegawai kerajaan menafikan ia adalah kes sama di Hospital Ram Manohar Lohia.

Sebaliknya, dalam siasatan yang dijalankan, kerajaan menyalah kakitangan perubatan atas kematian 30 bayi.

Kes kematian itu sedang disiasat oleh polis.

The Press Trust of India melaporkan 30 bayi meninggal dunia akibat kekurangan oksigen yang jelas ketika berada dalam rawatan intensif di hospital Ram Manohar Lohia.

Sementara 9 bayi lagi tidak dapat diselamatkan semasa proses kelahiran, kata agensi berita itu.

Kesemua 49 kematian berlaku antara 21 Julai dan 20 Ogos. – MalaysiaGazette