KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.
Khalid juga dilantik sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pelantikan Khalid dibuat berdasarkan pengalaman luas serta hubungan baik Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan agensi antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara dalam menangani masalah tersebut
Pelantikan Khalid itu bagi menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos lalu.
“Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang bertaraf dunia serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam.,” kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail atas sumbangan menjayakan misi dan visi Prasarana sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. – MalaysiaGazette.