Home Ekonomi Penuntut susah keutamaan PIDM

Penuntut susah keutamaan PIDM

Para penuntut yang menerima Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM tahun ini.

KUALA LUMPUR – Program Biasiswa Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah memberi peluang kepada 101 individu untuk melanjutkan pengajian sejak ia dimulakan pada 2010.

Tahun ini, PIDM menganugerahkan biasiswa tersebut kepada 21 penuntut baharu.

Kriteria utama bagi penerima Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM adalah penuntut dari keluarga yang kurang berkemampuan, selain pencapaian akademik dan kokurikulum, kemahiran komunikasi, kematangan dan potensi kualiti kepimpinan.

Program ini bertujuan memberikan peluang kepada mereka untuk menumpukan pengajian mereka di Malaysia, tanpa perlu bimbang mengenai masalah kewangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah

Penerima biasiswa ini boleh meneruskan pembelajaran dalam pelbagai jurusan pengajian termasuk Perakaunan, Sains Aktuari, Pengurusan Perniagaan dan Undang-undang. – MalaysiaGazette