KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia berada pada tahap terbaik. Momentum pertumbuhan ekonomi semakin meningkat, inflasi sederhana dan ringgit menuju keuntungan tahun pertamanya dalam tempoh lima tahun.
Selepas prestasi empat sukuan melepasi jangkaan, Gabenor , Muhammad Ibrahim berkata, pada bulan Ogos “apabila pertumbuhan ekonomi semakin mantap dan jika inflasi pada dasarnya menurun, Bank Negara memberikan sedikit kelonggaran dari segi dasar.”
Inflasi telah menurun setiap bulan sejak mencapai paras lapan tahun pada Mac.
Tinjauan 21 pakar ekonomi oleh Bloomberg meramalkan kadar dasar semalaman akan kekal pada 3 peratus pada hari Khamis.
Tinjauan berasingan bulan lepas menunjukkan penganalisis mempunyai perbezaan pandangan mengenai kenaikan kadar menjelang akhir tahun 2018. Bank Negara Malaysia telah memutuskan kos pinjaman tidak berubah sejak penurunan pada Julai tahun lepas.
“Tetapi terdapat beberapa pandangan mengenai sama ada Bank Negara Malaysia pada dasarnya menimbangkan kenaikan kadar faedah, dipacu oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua yang kukuh,” kata Julia Goh, ahli ekonomi dari United Oversea Bank Ltd.
“Tetapi apa yang berlaku di rantau ini, risiko geopolitik, ketidaktentuan Korea Utara, saya berpendapat Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar faedah”.
Berikut adalah perkara penting:
Tinjauan Pertumbuhan
Ekonomi telah berkembang lebih cepat daripada ramalan pada tahun ini, disokong oleh pemulihan perdagangan global yang mendorong eksport serta permintaan domestik yang berdaya tahan. Bank Dunia menaikkan ramalan pertumbuhan Malaysia pada bulan Jun berbanding kebanyakan di Asia Timur, dengan kadar 4.9 peratus untuk 2017.
Inflasi
Inflasi melonjak pada awal tahun ini berikutan kos bahan bakar yang lebih tinggi dan mencapai 5.1 peratus pada bulan Mac, kadar terpantas sejak 2008. Keuntungan harga turun menjadi 3.2 peratus pada bulan Julai dan dijangka meningkat 3 peratus kepada 4 peratus tahun ini.
Risiko Kewangan
Walaupun Bank Pusat tidak melihat tanda-tanda ketidakseimbangan kewangan muncul, tahap hutang isi rumah adalah antara yang tertinggi di rantau ini dan Malaysia perlu berhati-hati, kata Muhammad pada Julai. Nisbah hutang kepada KDNK adalah 88.4 peratus pada 2016 berbanding 89.1 peratus pada tahun 2015.
Sementara itu, ringgit telah melonjak lebih daripada 5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini, peningkatan pertama sejak 2012. – MalaysiaGazette