Home Dunia Maut selepas angkat berat besi 90kg

Maut selepas angkat berat besi 90kg

Gambar hiasan

SEOUL – Seorang lelaki maut selepas mengangkat besi seberat 90 kilogram tanpa sebarang pengawasan.

Kemalangan itu berlaku pada awal pagi di sebuah pusat gimnasium di Geoje, di Busan.

Pemilik gimnasium menemui mangsa pada pukul 9.10 pagi dengan peralatan angkat berat berada pada lehernya.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan lelaki tersebut telah angkat berat beberapa kali sekitar jam 8.10 pagi dan kemudian menjatuhkan alat itu secara tiba-tiba.

Ketika kejadian berlaku tidak ada sesiapa di dalam pusat berkenaan untuk memberi bantuan. – MalaysiaGazette