Home Sukan Rusia 2018: FIFA arah perlawanan semula Afrika Selatan dan Senegal

Rusia 2018: FIFA arah perlawanan semula Afrika Selatan dan Senegal

Joseph Lamptey digantung pengadilan seumur hidup dari dunia bola sepak oleh FIFA selepas disabit kesalahan memengaruhi keputusan aksi Pusingan kelayakan Piala Dunia antara Afrika Selatan dan Senegal pada November 2016 lalu. The Sun

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan perlawanan semula kelayakan Piala Dunia Russia 2018 antara Afrika Selatan dan Senegal selepas pengadil perlawanannya dibuang digantung seumur hidup.

Badan kesatuan bola sepak dunia itu berkata, pada Mac lalu, pengadil warga Ghana Joseph Lamptey telah digantung seumur hidup selepas didapati bersalah telah mempengaruhi keputusan perlawanan di sisi undang-undang.

Afrika Selatan telah menewaskan Senegal 2-1 dalam pusingan kelayakan Piala DSunia Kumpulan D benua Afrika pada November lalu.

FIFA tidak menyediakan sebarang butiran lanjut berkenaan perkara itu tetapi Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) berkata, Lamptey secara salah menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Afrika Selatan dan telah digantung selama tiga bulan.

Penggantungan seumur hidup ke atas Lamptey telah dikekalkan oleh Mahkamah Tambang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Jurucakap berkata:” Biro Kelayakan Piala Dunia FIFA mengarahkan perlawanan semula aksi kelayakan antara Afrika Selatan Senegal pada 12 November 2016.

“Perlawanan itu akan diadakan semula pada November 2017 dan tarikh tepat akan diumumkan kelak.

“Seperti yang terkandung dalam peraturan Piala Dunia FIFA, keputusan berkenaan berkuatkuasa serta merta, tetapi pengesahannya bergantung kepada Jawatankuasa Penganjur untuk Pertandingan FIFA pada mesyuarat akan datang yang dijadualkan pada 14 September ini,” katanya.

CAF pula berkata Lamptry didapati bersalah atas pengadilan hambar pada perlawanan itu dan menghadiahkan penalti secara salah untuk bola atas dakwaan bola terkena tangan sedangkan ia tidak berlaku.

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Afrika Selatan menang 2-1 menerusi sepakan penalti kontroversi menentang Senegal akan di mainkan semula pada November ini. – The Sun

Thulani Hlatshwayo menyempurnakan penalti pada minit ke-42 dan Thulani Serero menambah gol keuda tiga minit kemudian untuk mengesahkan kemenangan Afrika Selatan.

Lamptey sebelum ini menjalani penggantungan enam bulan oleh CAF seleps secara salah menghadiahkan gol semasa aksi Separuh Akhir Liga Juara-Juara Piala Afrika pada tahun 2010. – MalaysiaGazette