PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meningkatkan rondaan di beberapa kawasan perairan negara bagi menghadapi kemungkinan kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.
Rondaan ditumpukan di kawasan Langkawi dan Pulau Pinang terutama kawasan persempadanan Malaysia-Thailand, kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar
Rondaan itu bertujuan memastikan perairan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin dengan sewenang-wenangnya.
Menurut beliau, mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen, APMM akan menyerahkan mereka yang didapati memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah kepada Jabatan Imigresen.
Bagaimanapun, katanya, APMM telah diminta untuk membantu pelarian Rohingya jika keadaan memerlukan dari sudut kemanusiaan. – MalaysiaGazette