Home Nasional Sekolah di kawasan banjir tidak jejas UPSR

Sekolah di kawasan banjir tidak jejas UPSR

Mahdzir Khalid.
Mahdzir Khalid.

PUTRAJAYA –  Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung seperti yang dijadualkan dan calon akan menduduki peperiksaan itu walaupun sekolah mereka berada di kawasan banjir.

Menteri Pelajaran Datuk Ser Mahadzir Khalid berkata, murid-murid di kawasan yang terjejas akan berpindah ke pusat pemeriksaan berhampiran jika mereka tidak dapat ke tempat peperiksaan.

Menurut beliau, kementerian itu telah mengambil langkah awal dan mengenal pasti sekolah-sekolah yang terdedah dengan banjir.

“Sebagai contoh kita sudah kenal pasti sekolah yang terletak di sepanjang sungai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pertandingan Esei Duta Linguistik DKLS 2017 di sini.

Malah, kementerian juga memantau jika tanda-tanda banjir berlaku di Sarawak.

Jelas Mahadzir, pada tahun-tahun sebelumnya, murid-murid yang terlibat dengan masalah banjir akan menduduki peperiksaan itu di pusat peperiksaan berhampiran dan amalan itu akan diteruskan pada tahun ini.

Seramai 443, 794 orang calon akan menduduki UPSR pada 11 hingga 14 dan 18 September ini. – MalaysiaGazette