Home Seni Hidup Lagenda muzik country, Don Williams meninggal dunia

Lagenda muzik country, Don Williams meninggal dunia

Don Williams. foto Agensi

LOS ANGELES – Lagenda penyanyi muzik country, Don Williams yang terkenal pada tahun 1970-an dan 1980-an meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Beliau meninggal dunia selepas mengalami sakit, kata pengurus publisitinya.

Namun penyakit Williams tidak didedahkan.

Williams yang mula menyanyi secara solo pada tahun 1971 mempunyai senarai panjang lagu-lagu popularnya antaranya Gypsy Woman dan Tulsa Time.

Lagu-lagu nyanyiannya turut dinyanyikan semula oleh ramai penyanyi seperti Eric Clapton dan Pete Townshend.

Williams adalah nama besar dalam muzik country.

Lagu-lagunya yang turut hit adalah You’re My Best Friend, I Believe in You dan Lord, I Hope This Day Is Good. – MalaysiaGazette