RIYADH – Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi menggagalkan rancangan Daesh yang menyasar menyerang Kementerian Pertahanannya.
Dua pengebom berani mati warga Yemen serta dua warga Arab Saudi ditahan manakala vest dan senjata api dirampas di tempat persembunyian mereka di daerah Al-Rimal, Riyadh, menurut sumber.
Ahmad Yasser Al-Kaldi dan Ammar Ali Muhammad adalah pengebom berani mati yang ditangkap ketika mereka menuju kesasaran yang merupakan premis kementerian itu manakala identiti warga Arab Saudi tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
Siasatan kes itu masih dilakukan, menurut Saudi Press Agency memetik sumber.
Sumber yang merupakan seorang pegawai berkata, pihak keselamatan dapat mengesan dan mematahkan rancangan kumpulan Daesh yang mahu melemahkan keselamatan negara itu.
Dua tali pinggang berisi bahan ketupan, seberat tujuh kilogran setiap satu, dan sembilan bom tangan buatan sendiri, senjata api dan pisau dirampas dari sebuah rumah yang disewa sebagai tempat persembunyian di daerah Al-Rimal yang mana pengebom berani mati disediakan dengan latihan memakai tali pinggang berisi bahan letupan dan bagaimana menggunakannya.
Menurut sumber, para pegawai berjaya mengesan aktiviti kumpulan yang bekerja untuk pihak luar menentang keselamatan dan kepentingan negara itu.
“Sel ini berfungsi dengan mengganggu keupayaan dan keselamatan sosial negara dengan menghasut dan menimbulkan prejudis selain menjejaskan perpaduan negara,” katanya. – Agensi