KUALA LUMPUR – Proses pemadanan ujian DNA antara mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan keluarga akan diketahui seawal pukul 3.30 petang esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media ringkas di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara, di Hospital Kuala Lumpur.
“Kita sudah berjumpa dan berbincang dengan pihak forensik hospital. Kita nak maklumkan di sini, semua sampel darah daripada waris mangsa sudah diambil.
“Keputusan pemadanan akan diketahui paling awal pada petang esok, pukul 3.30,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, beliau turut menggalakkan kumpulan waris mangsa agar berehat di beberapa hotel penginapan yang disediakan oleh pihak kerajaan. – MalysiaGazette