KUALA LUMPUR – MCA memberi sumbangan wang tunai kepada keluarga bagi setiap mangsa yang terlibat dalam kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat hari ini.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan perkara itu kepada pemberita sebentar tadi setelah membuat lawatan ke atas keluarga mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Kita ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa, kita semua sedih dan pilu dengan apa yang jadi.
“Kita (MCA) akan menyalurkan sumbagan RM1000 kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden,” katanya.
Beliau juga berharap agar kesemua mangsa cedera yang dirawat di HKL segera pulih. – MalaysiaGazette