
KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah meningkatkan lagi pegangan baginda sebanyak 874,100 saham dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad (7-Eleven Malaysia) antara 7 September dan 13 September lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh 7-Eleven Malaysia kepada Bursa Malaysia.
Dengan pertambahan pegangan itu, Sultan Ibrahim kini merupakan pemegang individu kedua terbesar bagi syarikat berkenaan dengan jumlah saham sebanyak 104.37 juta atau 9.4 peratus. – MalaysiaGazette