Home Dunia Wanita mencuri di sekolah Putera George ditahan

Wanita mencuri di sekolah Putera George ditahan

Putera George

LONDON – Seorang wanita ditangkap di London kerana disyaki mencuri di sekolah rendah, tempat Putera George bersekolah.

Anak pasangan Putera William dan Kate Middleton yang berusia empat tahun itu memulakan sesi persekolahannya di Battersea, sebuah sekolah swasta di barat-daya London pada minggu lalu.

Kehadiran Putera George di sekolah berkenaan mendapat publisiti meluas.

Polis Metropolitan London berkata, wanita berusia 40-an itu ditangkap dan kini berada dalam tahanan polis.

“Kami bekerjasama dengan sekolah Putera George untuk melihat semula aspek keselamatan selepas insiden itu berlaku,” kata polis dalam kenyataannya. – MalaysiaGazette

Comments are closed.