Home Sukan Jangan ejek Bale – Casemiro

Jangan ejek Bale – Casemiro

Gareth Bale

MADRID – Tindakan penyokong mengejek Gareth Bale ketika melakar kemenangan 3-0 ke atas APOEL Nicosia dalam saingan Liga Juara-Juara semalam mengundang simpati rakan sepasukan.

Pemain tengah Real Madrid, Casemiro tampil mempertahankan  bintang Wales itu yang dimalukan di Santiago Bernabeu.

Dalam perlawanan Bale sekali lagi menjadi mangsa ejekan sebahagian penyokong Real biarpun dia membuat bantuan untuk Cristiano Ronaldo meledak gol menerusi hantaran tepatnya,

Bale hanya menjaringkan satu gol sepanjang enam penampilan musim ini.

Pemain-pemain senior Real termasuk Casemiro dilihat mengajak peminat untuk memberi tepukan kepada Bale ketika pemain berusia 28 tahun itu dikeluarkan.

“Bale sedang bekerja keras untuk pasukan, rembatan, berusaha keras dan itulah Bale yang kami mahukan.
“Betul anda boleh melihat dia tidak berada di tahap terbaiknya ketika ini namun dia akan kembali semua” kata Casemiro.

Jurulatih Zinedine Zidane yakin pemain yang dibeli dengan rekod dunia satu ketika dulu itu mampu membuktikan nilainya meskipun bekas pemain Tottenham itu sering dipalit kecederaan musim lalu,

“Selepas empat bulan tersisih akibat kecederaan, dia memerlukan sedikit masa untuk pulih,” kata legenda Perancis itu.

Real mencatat dua keputusan seri dalam tiga perlawanan La Liga tanpa kehadiran penyerang bintang, Ronaldo yang digantung dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Barcelona.- MalaysiaGazette