LONDON – Sebuah peranti letupan yang telah diubahsuai meletup dalam sebuah tren Tube di barat daya London semasa waktu puncak pada Jumaat, perkara tersebut disahkan oleh Scotland Yard.
Pembantu Pesuruhjaya, Mark Rowlet berkata, ratusan detektif yang menggunakan M15 sedang melakukan penyiasatan di kawasan lokasi letupan yang berlaku berhampiran stesen Parson Green itu.
Kejadian pada jam 8.20 pagi itu menyebabkan 22 orang cedera dan terpaksa dirawat di hospital.
Menurut polis, kejadian tersebut dianggap sebagai serangan keganasan.
Polis Metropolitan berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan kejadian kebakaran dan stesen yang berada di bawah tanah namun kawasan tersebut telah ditutup.
Gambar-gambar yang tersebar menunjukkan sebuah tong berwarna putih yang diletakkan di dalam sebuah beg pasar terbakar manakala wayar-wayarnya berselirat di atas lantai tren.
- MalaysiaGazette