KUALA LUMPUR – Operasi kaunter pasport Jabatan Imigresen yang beroperasi hujung minggu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan ditutup pada hari ini hingga esok.
Penutupan itu bagi kerja-kerja penambahbaikan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) iaitu aktiviti migrasi WebSphere Application Server (WAS) Revamp.
Dalam kenyataan oleh Jabatan Imigresen, semua kaunter imigresen di tiga negeri itu akan beroperasi seperti biasa pada Isnin ini. – MalaysiaGazette