Home Dunia Korea Utara setanding AS – Jong-un

Korea Utara setanding AS – Jong-un

Kim Jong-un menyaksikan pelancaran ujian peluru berpandu Hwasong-12. foto BBC

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berikrar untuk mencapai matlamat nuklear negara dengan mewujudkan keseimbangan dengan pasukan tentera Amerika Syarikat.

“Kami sepatutnya menunjukkan dengan jelas kuasa chauvinist bagaimana negara kita mencapai matlamat kejayaan tenaga nuklearnya dengan halangan dan sekatan yang tidak terbatas,” kata Jong-un yang dipetik oleh KCNA.

Jong-un berkata demikian selepas Korea Utara berjaya membedil peluru berpandu terbaharu yang melintasi Jepun.

Ujian itu digambarkan pelancaran paling jauh di Jepun.

Langkah Korea Utara itu dilihat mengasingkan kuasa-kuasa dunia yang bersatu di belakang sekatan-sekatan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menentang Pyongyang.

Beliau juga berkata, matlamat Korea Utara adalah “untuk mewujudkan keseimbangan kekuatan sebenar dengan Amerika Syarikat supaya kuasa besar itu tidak berani bercakap tentang ketenteraan Korea Utara.

Dalam ujian terbaharu itu, peluru berpandu berjayaan telah mencapai altitud kira-kira 770 kilometer (478 batu), merentasi sejauh 3,700 kilometer di pulau utara Hokkaido sebelum mendarat di laut.

Peluru berpandu itu mempunyai keupayaan untuk mencapai wilayah Amerika Syarikat di Guam dan pakar-pakar mengatakan ia adalah peluru berpandu balistik Korea Utara yang paling jauh dibedil. – MalaysiaGazette