Home Dunia Kuwait arah Korea Utara kurangkan bilangan diplomat

Kuwait arah Korea Utara kurangkan bilangan diplomat

KUWAIT CITY – Kuwait memaklumkan kepada Kedutaan Korea Utara untuk mengurangkan bilangan kakitangan dan wakilnya bertaraf diplomat di negara itu.

Sumber Kementerian Hal Ehwal Luar berkata: “Hanya empat orang diplomat akan kekal di kedutaan, termasuk Charge D’Affaires,”.

Mereka menyatakan Duta Pyongyang ke Kuwait, So Chaing Sik dan baki bebebrapa diplomat akan meninggalkan negara iTU dalam tempoh bebrapa minggu.

Dalam konteks yang sama, laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang diterbitkan oleh media Amerika Syarikat menyatakan Kuwait telah memutuskan untuk menghantar pulang beberapa diplomat Korea Utara dan menggantung pengeluaran atau pembaharuan visa kepada warga negara itu.

Menurut Voice of America (VOC), langkah yang diambil Kuwait selari dengan Resolusi No. 2321 UNSC  yang digunapakai pada 2016 untuk mendenda Korea terhadap ujian nuklearnya yang kelima.

Ia mendedahkan Kuwait merupakan negara ketiga menghantar pulang duta Pyongyang berdasarkan resolusi pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu selepas Mexico dan Peru. – MalaysiaGazette