Home Ekonomi Affin tingkat penguasaan dalam AXA Affin

Affin tingkat penguasaan dalam AXA Affin

Affin-Holdings-Bhd

KUALA LUMPUR – Affin Holdings Bhd telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membeli 7.07 peratus kepentingan dalam AXA Affin General Insurance Bhd (AXA Affin GI) daripada Felda Marketing Services Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Affin Holdings berkata, permohonan untuk mengambil alih kepentingan ekuiti dibuat olehnya dan Affin Bank Bhd.

Menurutnya, cadangan pengambilalihan itu akan meningkatkan kepentingan ekuitinya dalam AXA Affin GI kepada 44.14 peratus berbanding 37.07 peratus sekarang. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts