Home Nasional ‘Kalau rugi RM30 bilion, saya pasti akan lakukan sesuatu’ – Tun M

‘Kalau rugi RM30 bilion, saya pasti akan lakukan sesuatu’ – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mengikuti prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 18 SEPTEMBER 2017.

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) ada memberitahu kepadanya jumlah kerugian sebenar mengenai aktiviti urus niaga mata wang asing, beliau akan melakukan sesuatu.

Dr. Mahathir yang merupakan saksi ke 23 hari ini memberitahu, kenyataannya mengenai ‘kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi’ pasti tidak berlaku.

“Saksi ke 14 tentang ungkapan, saya tidak ingat saya ada kata ‘kadang kita untung kadang kita rugi’.

“Kalau (kerugian berjumlah) RM30 bilion adalah mustahil saya akan kata begitu,” katanya.

Dr. Mahathir merujuk kenyataan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Clifford Herbert yang mendakwa beliau sebagai berkata ‘kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi’ apabila diberitahu mengenai kerugian urus niaga bank pusat itu.

Dr. Mahathir turut mendakwa bahawa beliau tidak diberitahu mengenai kerugian RM30 bilion itu. – MalaysiaGazette.

Comments are closed.