Home Dunia Taufan Maria pula landa pulau Caribbean

Taufan Maria pula landa pulau Caribbean

CALIFORNIA – Beberapa Pulau Caribbean membuat persiapan untuk menghadapi ribut kedua – Taufan Maria yang dijangka melanda dalam tempoh dua minggu.

Taufan itu telah dinaikkan kepada kategori satu oleh Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat.

Ribut itu dikatakan melalui arah yang sama dengan Taufan Irma dan kelajuannya dijangka meningkat dalam tempoh 48 jam.

Sebagai langkah awal, amaran berhubung ribut itu telah dikeluarkan di Guadeloupe, Dominica, St Kitts dan Nevis serta Montserrat.

Pemerhatian taufan itu kini berkuatkuasa bagi Amerika Syarikat, Kepulauan British Virgin, St Martin, St Barts, Saba, St Eustatius dan Anguilla.

Beberapa pulau tersebut telah dilanda Taufan Irma kategori kelima awal bulan ini, menyebabkan 37 orang maut dan kerosakan dianggarkan berbilion dolar.

Dalam makluman terkini pada 21:00 GMT, NHC berkata, Taufan Maria mampu mencecah kelajuan angin 75 meter sejam dan diramalkan merentasi Pulau Leeward pada malam Isnin.

Pusat taufan adalah 140 batu dari timur-timur laut Barbados dan Taufan Maria bergerak ke arah barat-barat laut sekitar 15 meter sejam. – MalaysiaGazette