Home Ekonomi Pengangguran risiko terbesar kepada perniagaan

Pengangguran risiko terbesar kepada perniagaan

Seorang pekerja pembersihan dilihat melakukan kerja-kerja pembersihan cermin tingkap banggunan Perbadanan Putrajaya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 11 FEBRUARI 2017

LONDON – Pengangguran merupakan risiko terbesar kepada perniagaan global, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Forum Ekonomi Dunia kepada pemimpin-pemimpin perniagaan yang diterbitkan pada Rabu.

Eksekutif-eksekutif syarikat meletakkan pengangguran sebagai risiko tertinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang diikuti oleh krisis-krisis kwangan serta kegagalan urus tadbir kerajaan.

Kaji selidik yang dijalankan ke atas 12,411 eksekutif di 136 negara menyediakan satu pandangan kepada laporan Risiko-Risiko Global, Forum Ekonomi Dunia yang diterbitkan sejurus sebelum mesyuarat tahunannya di Davos, Switzerland, demikian menurut jurucakap bagi broker insurance Marsh.

Marsh merupakan sebahagian daripada Marsh & McLennan yang menerbitkan data bersama dengan Zurich Insurance.

“Risiko geopolitik dan acara-acara yang membawa kepada ketidaktentuan meningkatkan persoalan bagaimana mahu menguruskan situasi yang mapan semasa zaman sukar,” kata Ketua Pegawai Risiko sebuah syarikat insurans di Zurich, John Scott.

Bagi perniagaan-perniagaan di Amerika Utara, Asia Timur dan Pasifik, risiko terbesar masih lagi serangan siber dan gelembung aset.- MalaysiaGazette