KUALA LUMPUR – Penyanyi merangkap chef, Datuk Fazley Yaakob mengakui dia teruja dan bangga apabila dipilih sebagai duta pasaraya, Jaya Grocer selama setahun.
Fazley berkata, ini kerana dia mempuyai tanggungjawab baharu kerana dapat mempromosi pelbagai jenama dan produk yang dijual di pasaraya berkenaan.
Jelas bapa kepada tiga orang anak yang berusia 37 tahun itu dengan memiliki pengikut dan peminat melebihi 900,000 di laman sosial, dia akan mengajak mereka membeli-belah di atas talian (online) dengan mengguna portal baharu pasaraya tersebut.
“Sebelum ini, saya hanya terlibat dengan Jaya Grocer menerusi beberapa kempen tapi kini, tanggungjawab saya bukan saja sebagai cef tetapi jurucakap produk untuk peringkat antarabangsa.
“Apatah lagi hampir 99 peratus bahan masakan yang saya gunakan untuk memasak di restoran saya, saya menggunakan produk yang dijual di sini,” katanya.
Fazley berkongsi cerita tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran portal E-Dagang Jaya Grocer dan pelantikannya sebagai duta pasaraya itu di The Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.
Mengulas kariernya sebagai chef, Fazley yang juga penceramah motivasi berkata, dia bakal muncul menerusi rancangan masakan Asian Food Channel tidak lama lagi.
Malah, dia akan berangkat ke Chennai untuk menjalani penggambaran program travelouge dan memasak masakan tradisional India minggu depan.
Namun jelasnya, dia tetap tidak meninggalkan kerjaya seni biarpun sibuk dengan kerjaya di bidang kulinari dan prestorannya, Fazley berkata dia tetap tidak meninggalkan kerjaya seni.
“Saya dalam perancangan untuk muncul dengan single terbaharu dalam bahasa Mandarin selepas muncul dengan single Ketiadaan,” katanya. – MalaysiaGazette