MEXICO CITY – Jumlah kematian gempa bumi di Mexico meningkat kepada 273 orang.
Presidennya, Enrique Pena Nieto berkata, usaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera dan terperangkap menjadi keutamaan negara itu.
Mexico dilanda gempa bumi kuat dengan 7.1 magnitud.
Gegaran kuat mengakibatkan bangunan runtuh dan berjuta-juta penduduk tinggal dalam kegelapan kerana bekalan elektrik terputus.
Pasukan penyelamat percaya masih ramai orang yang masih hidup terperangkap dalam 10 bangunan yang musnah di bandar itu.
Mexico menggerakkan lebih daripada 500 tentera dan 200 polis dan sukarelawan untuk bertugas mencari mangsa gempa bumi. – MalaysiaGazette