Home Nasional Kekurangan pinjaman PTPTN dikaji semula

Kekurangan pinjaman PTPTN dikaji semula

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional diiringi Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam bersalaman dengan perwakilan yang hadir ketika hadir pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak cukup untuk memenuhi keperluan B40 dalam kalangan kaum India akan dikaji semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah pinjaman pendidikan untuk mengikuti program profesional di universiti awam itu tidak hanya dihadapi kaum India tetapi kaum lain juga berhadapan dengan masalah yang sama.

“Soal pembiayaan PTPTN tak cukup memenuhi keperluan B40, kita akan mengkaji secara mendalam lagi kerana ia bukan hanya masalah satu komuniti, ia masalah semua komuniti yang sedang dihadapi sekarang,” katanya. ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC ke-71 di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawap permintaan Presiden MIC, Datuk Seri Dr.S Subramaniam yang memohon dana tabung pendidikan sampingan diwujudkan bagi menyelesaikan masalah kekurangan pembiayaan pendidikan untuk kaum India.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak dapat memajukan kaum India memandangkan mereka tidak mempunyai perancangan khusus, seperti Barisan Nasional yang melancarkan Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India pada 23 April lalu.

“Percayalah segala kerja pelaksanaan dalam proses dan ia akan mengambil masa yang lama dan akan diimplementasikan secara terbaik.

“Jika kita ada kerajaa yang kuat boleh melakukan banyak lagi. tetapi sebelum itu jika lihat pada susunan pakatan pembangkang dia tidak ada pemimpin India itupun selepsas ditegur rakyat melantik Naib Presiden berketurunan India besifat kelakar,” tambah beliau.

katanya, pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mempunyai ideologi politik yang berbeza hanya akan meningkatkan risiko kepada negara, bukannya membangunkan rakyat. – MalaysiaGazette.