Home Sukan Bibi Ramjani bukan proksi saya dalam KAFA – Annuar

Bibi Ramjani bukan proksi saya dalam KAFA – Annuar

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menafikan Bibi Ramjani Illias Khan merupakan proksinya dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

“Untuk apa kita pasang proksi dalam satu organisasi yang membawa beban sangat berat dan semua orang mahu cuci tangan dan lari jauh daripada memikulnya?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Annuar yang juga bekas Presiden KAFA, untuk menguruskan KAFA, seseorang itu perlu korbankan masa, tenaga dan wang peribadi.

Selain itu, seseorang itu perlu bersedia menanggung risiko kerana kejayaan atau kegagalan yang belum pasti.

“Berapa keratkah dari anak Kelantan atau pemimpin Kelantan yang sanggup? Boleh bilang dengan jari, saya menjaja ke sana ke mari tapi kesemuanya melepaskan diri.

“Yang pandai pandai bercakap sangat ramai tapi yang nak tolong hampir tiada,” kata Annuar.

Justeru beliau kesanggupan ahli perniagaan, Bibi Ramjani merupakan rahmat kepada bola sepak Kelantan.

KOTA BHARU, 17 Sept — Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baharu Bibi Ramjani Ilias Khan (duduk tengah) dan Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah (duduk dua, kanan) bergambar bersama sebahagian perwakilan selepas memenangi undian pada Mesyuarat Kongres KAFA Kali Ke-63 malam ini.
–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Annuar, selain kesukaran mencari wang, masalah ada ‘tangan halus’ yang suka memfitnah, bermain politik dan menunjuk pandai cukup kuat melanda KAFA.

Bagaimanapun Ketua Penerangan UMNO itu tidak menyebut dengan jelas siapa ‘tangan halus’ yang dimaksudkannya itu.

“Mereka cuba mensabotaj pelbagai cara.Ada dengan sengaja melanggar peraturan dan biarkan KAFA membayar denda, ada yang menulis bagi menimbulkan syak wasangka, ada yang membuat kumpulan kumpulan yang tidak pun kena mengena dengan KAFA tidak kurang yang menanti saat untuk menghina dan mencerca pihak yang sukarela bekerja tapi memuja pihak yang lari dan tidak memikul tanggungjawabnya,” kata Annuar berdasarkan pengalaman mentadbir KAFA.

Apa yang berlaku, katanya, menyumbanag kepada perpecahan, patah semangat dan tawar hati para pelabur dan penyumbang dana.

Itu menjadi punca beliau menarik diri daripada jawatan tertinggi KAFA namun tetap membantu mencari dana walaupun bukan lagi sebagai presiden.
Beliau juga menaruh harapan kepada kepimpinan baharu KAFA di bawah Bibi Ramjani.

“Mana tagu wanita Kelantan yang berhati waja serta usahawan yang berjaya boleh membawa sinar dan maju jaya bola kita,” katanya lagi.- MalaysiaGazette