Home Dunia Misteri bangkai haiwan gergasi di Filipina

Misteri bangkai haiwan gergasi di Filipina

MAASIN CITY – Misteri bangkai haiwan gergasi yang aneh ditemui di perairan pantai di Kepulauan Leyte, Filipina.

Bagaimanapun haiwan itu tidak sempat dikenalpasti kerana sudah dibuang semula ke laut oleh penduduk sebelum dibawa arus ke laut dalam.

Wakil Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina, Julius Alpino berkata, bangkai berkenaan sukar dikenalpasti kerana sudah hancur.

Lagi pun, bangkai kira-kira 32 kaki panjang itu sukar ditanam kerana saiznya selain sudah berbau busuk.

Seorang penduduk tempatan, Nujnuj Capistrano, 42, sempat merakam bangkai haiwan berkenaan dan tidak mampu bertahan lama kerana baunya busuk.

“Baunya sangat busuk. Saya tak boleh hendak gambarkan haiwan apa dan pertama kali melihatnya,” katanya dipetik dari portal Mail Online.

Bagaimanapun ada mendakwa haiwan yang panjang hampir sama dengan pesawat pejuang itu seekor ikan paus.- MalaysiaGazette