KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi berkuatkuasa serta-merta.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang melepaskan jawatan itu pada Jun lalu.
Azhar, 56, adalah Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 8 September lalu.
Beliau yang menjadi lembaga pengarah di Icon Offshore Bhd, Hume Industries Bhd, Hong Leong Bank Bhd dan Epic Products Bhd telah diluluskan oleh MSM hari ini, kata syarikat gula milik FGV kepada Bursa Malaysia hari ini. – MalaysiaGazette