NEW YORK – Populariti Instagram berkembang pantas.
Aplikasi perkongsian foto itu mencapai 800 juta pengguna aktif bulanan, menurut Naib Presiden Penyelesaian pemasaran Global, Carolyn Everson.
Laman sosial itu juga mencapai 100 juta pengguna bulanan sejak April lalu.
Instagram juga meningkatkan pengguna aktif hariannya kepada 500 juta dan mencapai 2 juta pengiklan.
Instagram yang dimiliki Facebook dibeli pada harga AS$1 bilion dalam tunai dan saham pada tahun 2012.
Dengan prestasi semasa, pelaburan Facebook itu sudah pun berbayar.
Penganalisis sebelum ini menyatakan Instagram adalah pelaburan yang baik untuk Facebook kerana ia memberikan aplikasi yang popular dalam kalangan remaja. – MalaysiaGazette