KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan kes rasuah.
Individu terbabit ialah Wong Kam Choy, 53, pemegang kad pengenalan bernombor 641111-05-5021 dan mempunyai alamat terakhir di No. 3, Lorong Bandar Putra 3/16, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Ross Ainura Binti Ramli di talian 09-8502080/2081 atau 013-3948682. – MalaysiaGazette