KUALA LUMPUR – Enam daripada tujuh orang suspek yang terlibat dalam membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hari ini di dakwa di Mahkamah Jalan Duta.
Sementara itu seorang daripadanya dibebaskan oleh mahkamah.
Semua enam suspek didakwa didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua daripada mereka berdepan satu lagi pertuduhan dibawah seksyen 302, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Seorang suspek berusia 12 tahun dibebaskan kerana ujian air kencing mendapati tidak positif dadah dan polis tidak ada bukti untuk mengaitkan remaja itu dengan insiden kebakaran pusat tahfiz itu.
“Bagi jenayah membunuh, dua suspek didakwa manakala bagi penggunaan dadah pula enam orang (semua suspek,” kata Othman Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya semasa ditemui di Mahkamah Majistret Jenayah hari ini.
Sebanyak 23 pertuduhan dibacakan ke atas semua enam suspek dan pertuduhan dibacakan secara bersama terhadap mereka.
Kesemua mereka juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin atas faktor keselamatan masing-masing.
Pada 16 September lalu, tujuh remaja ditahan reman berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung yang mengorbankan seramai 23 individu.
Remaja berusia 11 hingga 18 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat yang menjadi punca kebakaran kes itu.
Enam daripadanya berusia 18 tahun ke bawah dan seorang daripadanya berusia 11 tahun.- MalaysiaGazette
Comments are closed.