Home Ekonomi Fiesta Labur PNB didik perancangan kewangan kepada masyarakat

Fiesta Labur PNB didik perancangan kewangan kepada masyarakat

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berucap pada Perasmian Fiesta Labur PNB 2017 di Aras Concourse, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 SEPTEMBER 2017

PUTRAJAYA – Pelbagai acara telah diatur bagi mengisi program pelaburan berteraskan hiburan informasi, Fiesta Labur PNB 2017 yang sedang berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Fiesta Labur PNB adalah sebuah program pelengkap kepada usaha bersepadu entiti itu dalam menyampaikan pendidikan mengenai pelaburan dan perancangan kewangan kepada masyarakat.

Antara beberapa sebahagian daripada pamera yang dikunjungi tetamu yang hadir pada Perasmian Fiesta Labur PNB 2017 di Aras Concourse, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 SEPTEMBER 2017

“Saya berharap ilmu yang diperolehi akan mendorong orang ramai untuk mengubah tanggapan dan gaya hidup mereka berkaitan pengurusan wang, simpanan dan pelaburan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Fiesta Labur PNB 2017 di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bercakap ketika sesi sidang media ringkas pada Perasmian Fiesta Labur PNB 2017 di Aras Concourse, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 SEPTEMBER 2017

Antara acara yang telah diatur sepanjang empat hari program berlangsung adalah Bengkel Perancangan Kewangan yang meliputi beberapa sub-topik iaitu “Mengapa perlu pembiayaan ASB”, perancangan pelaburan hartanah serta menyingkap rahsia pelaburan emas.

Antara beberapa sebahagian daripada pamera yang dikunjungi tetamu yang hadir pada Perasmian Fiesta Labur PNB 2017 di Aras Concourse, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 SEPTEMBER 2017

Terdapat juga acara santai seperti demo solekan yang bertemakan “Less is More” serta demo masakan yang mengajar orang ramai untuk memasak makanan sihat berbajet rendah.

Antara beberapa sebahagian daripada pamera yang dikunjungi tetamu yang hadir pada Perasmian Fiesta Labur PNB 2017 di Aras Concourse, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 28 SEPTEMBER 2017

Cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir juga diadakan setiap hari di samping beberapa personaliti dan artis yang dijemput bagi memeriahkan acara serta berkongsi tips pelaburan antaranya, Ziana Zain, Wany Hasrita, Datuk Alif Syukri dan Aiman Tino.-MalaysiaGazette