Home Politik Kempen anti-rasuah Tun M kian mengelirukan

Kempen anti-rasuah Tun M kian mengelirukan

Budiman Mohd Zohdi

KUALA LUMPUR – Kempen Tun Dr. Mahathir Mohamad ke seluruh negara untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak dan mahu membebaskan Malaysia daripada gejala rasuah semakin mengelirukan.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menyifatkan kempen itu hanya bersifat double standard apabila dalam masa yang sama Tun M ‘memejamkan mata’ terhadap salah saku rasuah rakan pembangkangnya, Lim Guan Eng yang sudah didakwa di mahkamah.

“Tetapi melihatkan realiti sebenar, apa yang dibuat Dr. Mahathir ini tersangatlah mengelirukan. Ini kerana rakan baik baru beliau dalam Pakatan Harapan iaitu Lim Guan Eng telah dituduh dan akan dibicarakan bagi kesalahan rasuah.

“Dalam masa, Dr Mahathir membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Perdana Menteri, sikap double standard beliau terhadap kes melibatkan Lim Guan Eng adalah sangat mendukacitakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Budiman sekalu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berasa kesal dengan kempen anti-rasuah Mahathir itu sedangkan beliau boleh duduk bersebelahan dengan pesalah rasuah.

Katanya, lebih malang apabila Mahathir dengan mudah menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak kerana Akta Pembangunan Petroleum 1974 berat sebelah sedangkan beliau tiada usaha mengubahkannya ketika memerintah negara 22 tahun lalu.

“Selama 22 tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri, tidak langsung beliau mempunyai hati untuk mengubah perkara ini.

“Dek kerana dendam kesumat dan geram, beliau sanggup menyalahkan orang yang telah meninggal dunia tanpa ada rasa bersalah pada dirinya,” katanya.

Budiman turut mengingatkan rakyat agar menilai semula sejauh mana keikhlasan Mahathir dalam kempen tersebut sedangkan banyak kesilapan lalu yang dilakukannya tidak diambilkira.

“Ternyata beliau sendiri kini terkeliru dan cuba untuk mengelirukan dan sudah tentu, alasan yang akan diberikan beliau hanyalah sekadar ‘terlepas pandang’,” katanya lagi. – MalaysiaGazette