Home Nasional Musykil kenapa kakitangan INVOKE dapat gaji awal

Musykil kenapa kakitangan INVOKE dapat gaji awal

KUALA LUMPUR – Pendedahan demi pendedahan mengenai pembayaran gaji INVOKE yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terus dibongkar.

Terbaharu, satu dokumen tersebar mengenai pembayaran gaji kakitangan NGO itu menunjukkan KEIP Resources Sdn. Bhd. telah membuat pembayaran gaji untuk bulan Oktober.

Dalam dokumen berkenaan mendapati pembayaran dibuat syarikat terbabit pada 11 September lalu.

Sejumlah RM166,956.50 telah dibayar INVOKE kepada KEIP Resources Sdn. Bhd. menerusi CIMB Bank.

Bagaimanapun, timbul keraguan dimana pembayaran gaji bulan Oktober sudah dibuat terlalu awal, sedangkan September belum lagi berakhir.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rafizi adalah adalah pemegang saham utama syarikat KEIP Resources Sdn. Bhd.

Pada Rabu lalu, pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan INVOKE telah membayar KEIP antara RM147,974.30 hingga RM350,608.64 dari Mac hingga September 2017.

Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh tujuh bulan. -MalaysiaGazette.